Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket

MySpace Icons
Code by MySpaceDirect.com






Friday, July 18, 2008
Padan muka!!!!!

Eeee geramnya....

Dulu...

bila bonda 'speak out'...

Mr Tutttt : Tak pe tak pe bonda...kita akan bincang.

bila ROGON BABAN omprakpai...

Mr Tuttt : Ehhh bagus JAMPI SERAPAH tu. On jer!  Daun kayu? Apa ada hal! Belasah buaya jer! On ... on... kita belasah sampai 'BELADAR TUNGKANG'....!!!???

* * * * * * * * * * * *

Sedey tau. Tapi Bonda suka membaca 'teks' (sejak dulu lagi tp semakin pandai bila g menuntut dgn Tok guru Bad Wacana). Pujuk hati dan sibukkan diri.

Tapi... Allah tidak membiarkan hambanya yang ikhlas terluka selamanya. Itu pun kalau rajin membaca 'teks'.

HAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHA!!!!!!!!!!

Macam ni lah xperisi Bonda bila gelakkan 'kedangkalan' yang terserlah.

CUTE KAN?

Kuak kuak kuak kuak!!! (gelak sampai nak terkeluar anak tekak)


Posted at 03:26 pm by bonda
 

Monday, July 14, 2008
Bangga

31 Mei 2008 sudah sekian waktu berlalu. Alahai apsallah lambat sangat nak masuk cite ni kan. Hehehe banyak yang perlu bonda utamakan. Makanya blog ini bagai 'anak tiri' yang selalu tak dipedulikan. Walau bagaimanapun bonda sayang blog ini sebagaimana sayangnya bonda kepada adik2 sepengajian bonda yang sentiasa diingati. Blog ini bolehlah disifatkan sebagai jambatan kasih bonda kepada sekalian adik2 bonda.

Eee ape cite 31 Mei 2008 plak yer? Satu lagi tarikh membanggakan bagi Bonda dan keluarga selepas tarikh 16 Ogos 2007.

            

Pada tarikh tersebut Adinda ke-3 Bonda, Cik Mas akhirnya berjaya menggenggam ijazahnya. InsyaAllah tahun 2009 Cik Rafidah dan 2010 pulak Cik Sarinah pulak yang akan berkonvo. Eeee eh pakai Mortarboard lagi.

31 Mei 2008

16 Ogos 2007

Dari gegambar di atas, cuba perhatikan item yang paling sama bagi kedua2 tarikh konvokesyen ini. Hehehe dapat nampak?

Dari 6 beradik, 4 sudah menjejak kaki ke menara gading. InsyaAllah lagi 2 akan digesa juga. Hehehe.

Raf-raf, My Mom, Da Convo Lady, Da SM bro in law, my sweet Anakanda and my old Daddy. (Hahaha)

 

Tahniah Dik!

Tapi macamana pun Bonda tetap mendahuluimu...memakai "MORTARBOARD' itewww. Hahahaha

Dan berikut adalah antara 'scene' menarik yang dapat dirakamkan sepanjang peristiwa.

 Siapa yg sesuai?    

 

 Siapa paling sama? 

 

 Untuk dijual kah?  

 

 Kerana lama menunggu!  

<Ogos 2007 vs. Mei 2008 >  

Proud of you!!!

   

Teringat kata-kata Mentor Bonda suatu ketika dahulu...

"Mendapat Kejayaan Memang Susah. Tetapi Kejayaan Menyenangkan

Yang susah".

Dalam kesibukan dan keriuhan meraikan kejayaan masih terselit duka. Namun Bonda terima dengan redha. Kerana bonda percaya kepada janji-janji Allah yang tidak pernah mungkir. Sebagaimana janjiNya untuk melorongkan rezeki yang berlimpah-ruah buat Bonda dan keluarga yang akhirnya membolehkan Bonda membawa kembali Bapa bonda untuk menjejakkan kakinya sekali lagi ke tempat latihan awalnya sebagai anggota Polis yang berdedikasi seterusnya menjadi ahli Polis Pencen yang tetap setia dengan semangat cintakan negaranya.

 

Setelah 44 tahun...

Konvo Uitm sudah lama berlalu, namun kesannya masih Bonda rasakan sebagaimana hari konvo Bonda dan kengkawan di Ukm pada Ogos 2007 yang telah menjadi memori buat ramai dan janji untuk sesuatu yang lebih manis lagi.

Walau bagaimanapun, majlis konvokesyen UKM tetap yang terbaik dan tidak membosankan. Hehehe betul kan?


Posted at 03:36 pm by bonda
 

Wednesday, June 25, 2008
Sudah agak lama...

Assalamualaikum.

Sudah sekian waktu tidak berkirim berita. Bukannya tak suka tapi terhimpit dengan tugasan yang diamanahkan tambah pula keperluan menjana ekonomi untuk keselesaan hidup. Hahaha.

Apalah yang Bonda sibukkan ye? Hampir 3 bulan tidak meninggal bicara. Biarlah rakaman gambar2 ini memberi jawapannya ye.

April 2008

Antara krew yang menjayakan Fiesta Nfm 1862 di Bandar Baru Nilai

Eee ada buku barulah!

FIESTA O FIESTA

Bermula April, setelah tertunda untuk memberi tumpuan kepada proses PRU ke-12 makanya Bonda dan kengkawan sejawat telah ditugaskan untuk menjayakan program turun padang sempena sambutan Hari R*M ke 60 dan N*M ke-18.

   Macam2 acara kami aturkan antaranya pertandingan Karaoke Nfm 2008 mencari juara bulanan yang akan bertanding di kemuncak pada Disember nanti. Hadiah lumayan gak. Pastu ada pencarian bakat nyanyian di kalangan kanak-kanak menerusi Bintang Kecil Nfm 2008 yang finalenya akan diadakan di Kuching Sarawak. Kami juga buat Konsert Fiesta Nfm 1862. Ramai artis yang beri komitmen untuk turut serta walau pun sampai ke ceruk pedalaman N9 ni.

   Fiesta kat Nilai ada Kristal, Butterfly, Shikin, Sofaz dan ada 2 -3 org lagi lah artis yang terlibat. Pameran serta pesta jualan pun turut menyerikan suasana.

Mei 2008

Depan Rumah @ Istana Datok Undang Luak Johol

Orang kuat Majlis Santapan Diraja bersama Rosma Af (kecilnya kaki dia!)

Bersama Datok Undang Luak Johol. Tahniah Datok!

Mereka ni berani, bersahaja dan paling penting so cute!

Inilah Bintang-Bintang Kecil Bonda

Para Artis yang terlibat dalam Konsert Fiesta Nfm Mei di Johol terbitan JAJA.

Sebahagian pendengar Nfm yang berdaftar sebagai Ahli Waris menerusi sistem mesej singkat (SMS).

 

Huh... penat but i'm enjoying it. The best part, masa ni baru jelas semangat kerjasama antara kami para petugas yang sedkit pudar suatu ketika dahulu. Alhamdulillah.

Seronok buat field work ni. Tahap kreativiti teruji kerana perlu tahu bagaimana nak berpesta tapi dalam bekerja. Hahaha Bonda pun tak faham macamana nak terangkan.

Inilah tuan punya kamera yang amik-amik gegambor ni. Thanks Nad.

She's cute.

 

Hujung Mei ada satu cite lagi. Tunggu entries seterusnya. Hehehe bila tu?

 


Posted at 09:20 am by bonda
Comments (3)  

Monday, March 24, 2008
Huhuhu sedey...

Sebenarnya sejak kebelakangan ni banyak peristiwa yang bonda lalui. Adakalanya kalau pandang belakang, bonda rasa bonda ni kuat dan gagah menghadapi cabaran. Tapi bila fikir balik, bonda rasa 7 lautan pun takkan dapat menampung air mata bonda.

Namun dalam pelbagai kesedihan tu, ada juga yang membanggakan. Tapi hujan di tengahari tetap menghapuskan panas awal pagikan? Yang dibanggakan itu selalunya terhapus oleh duka yang menginjak rasa.

Well... selesai bergumbira dgn kengkawan yang dikasihi, bonda pun bergerak ke Melaka utk menjemput anak2 yang dikasihi utk kembali ke Lenggeng lepas tu esoknya ke sekolah lama anak2 utk say goodbye kpd kengkawan diorg lepas tu terus ke sekolah baru. Huh panjangnya perancangan kan.

Semasa dalam perjalanan sambil layan lagu 'Ketulusan Hati - Anuar Zain' kat kawasan lepas tol pedas...tetiba tup!!!

Terasa ada benda yang terlepas pada kete bonda. Jangan panik. Signal ke kiri dan parkinglah sejauh mungkin dari laluan lebuhraya. Bonda pun buka hud bonet kete. Semua okey tp starter tak connected langsung dengan enjin.

Sekali lagi jangan panik. Call free tol insuran kita. Nanti diorg anta trak tunda. Kalau ada yang berhenti menegur kita, be very careful. Tolak dgn baik dan katakan sudah ada kawan pomen yang tunggu kita.

Seperkara kena ingat, sykt insuran akan bagi trak tunda yg percuma. Jadi kad insuran kena selalu ada dalam simpanan kita. Memudahkan ketika kecemasan.

Sendirian di sini....

Hari nak hujan pulak tu...payung pun tak ade...

Akhirnya setelah menunggu sejam dan menerima sokongan moral dari kengkawan menerusi sms, trak tunda Kurnia insuran yang biru tu pun sampai. Dalam masa yang sama mekanik peraih kete rosak pun sampai. Oklah ikut g kedai diorang.

Adik tu kata kos ni mungkin dlm 150 jer. Bila bukak tempat minyak hitam tu....

 Patah oiiiiii.....nape plak.....TIMING BELT putuslahhhhh....!

Hah... inilah namanya 'Penyakit Berjangkit'

Punyalah susah nak bukak benda ni...!

Pengajaran dari peristiwa ini, kena alert dengan tempoh-tempoh tertentu untuk keperluan kete sendiri. Sibuk macam mana pun, takkan tak de masa nak tengok meter kete tu.

Kete macam 'kekasih' juga. Terlalu lama guna pujukan yang sama maka akhirnya dia akan merajuk cara lain pulak.

Huhuhu dari jangkaan 150 naik ke harga 300. Lepas tu 500. Akhirnya RM1600 beb!!!

Thanks to Rose Budak Best, Citamok, Wilhma, Zeera and my handsome Police Bro kat Sibu tu, Zairin. Kalau tak kerana bantuan adinda semua, kete bonda tak keluar 'spital' laei. 

Huhuhu Alhamdulillah!


Posted at 07:13 am by bonda
Comments (2)  

Next Page



bonda
January 21st
Female
Malaysia
KEIKHLASAN SEORANG BONDA...
MySpace Pictures
Image code by deepbox.com
   

<< November 2009 >>
Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat
01 02 03 04 05 06 07
08 09 10 11 12 13 14
15 16 17 18 19 20 21
22 23 24 25 26 27 28
29 30

BloG KegemaraN BondA!!!
JoM cLiK
!!


MasZe-San

Joetosz Budak BaiK

BaRd DeSaRhU

SwEeT cHoCoLaTeY

SwEEt 11erL!n4

NiSaH hArOn

SwEeT DeIdA

AiN WaHiDa

UmMi AtHiRaH

IreneSue The Thinker

DaK EnCeM


Free Web Counter
Free Web



online
yang sedang melepak kat sini






If you want to be updated on this weblog Enter your email here:



rss feed